html>
Thursday, July 29, 2010.
Daun sirih sangat popular dikalangan orang-orang tua dahulu kala. Terdapat beberapa jenis daun sirih, ada yang jenis lembut, daunnya besar, kecil dan lain lain lagi. Daun sirih adalah sejenis tumbuhan yang merambat dan amat senang ditanam. Tanaman ini biasa tumbuh di tempat yang panas mahupun ditempat yang terlindung. Di zaman dahulu, datuk dan nenek kita sangat gemar mengunyah daun sirih bersama-sama dengan buah pinang dan gambir. Kalau kita pernah dengar, orang-orang dahulu jarang sekali menghidap sakit gigi, mungkin kerana mereka mengunyah daun sirih. Akibat banyak mengunyah, gigi mereka menjadi merah kecoklat-coklatan tetapi tetap utuh. Kalau di Singapura, kita boleh membeli daun sirih di Geylang ataupun di Tekka sahaja, jarang sekali kita dapati ditempat lain. Kalau di dalam majlis perkahwinan, daun sirih digunakan untuk membuat sirih dara dan ada yang mengunakan untuk bekas untuk bunga rampai. Selain itu daun sirih juga telah dikenali sebagai penawar dan boleh juga digunakan untuk mengatasi bau badan dan mulut, gatal-gatal dan mengubati keputihan. Ini kerana daun ini mengandungi zat antiseptik yang mampu membunuh kuman. Ada juga yang menggunakan untuk mengubati sakit mata, batuk, bronchitis dan lain-lain lagi. Salah satu cara untuk menghilangkan bau mulut, cuba ambil empat helai daun sirih lalu diramas bersama air dan berkumur-kumur. Begitulah serba sedikit tentang daun sirih...... Wassalam, SBB |
Pertandingan Blogging > July 2010 Hsiutorng . Basecode. |