html>
Thursday, July 29, 2010.
"Orang tua ni banyak songehlah, apa lagi yang nak dicarinya". Begitulah perkataan yang dikeluarkan daripada mulut seorang anak muda terhadap seorang perempuan tua seusia saya. Mungkin kita kerap mendengar perkataan itu, rasanya perkataan itu memang berbaur biadapkan? Tetapi pada generasi muda hari ini tak ada bendalah katanya. Entah ke manakah kesopanan mereka, semakin tinggi pelajaran semakin buruk perangai mereka. Saya tak cakap semuanya begitu, tetapi cuba perhatikan se sekeliling kita banyak yang terjadi kan? Kadang-kadang di dalam keluarga sendiri pun pernah terjadi. Warga emas seperti kita ni banyak mengalah, bukanlah apa, kerana kita hendak menjaga suasana, jadi kita selalu dapat mema'afkannya. Sampai bila kita dapat bertahan? Kadang-kadang tu tersembur juga kemarahan kita. Adakalanya kita tegur dengan lembut dan ada kalanya mesti berkeras. Sebagai orang tua kita selalu inginkan anak-anak yang baik-baik, dari segi apa pun. Marilah kita sama-sama panjatkan doa semoga anak-anak kita selalu mananamkan sifat bai budi serta bersopan santun dengan orang-orang seperti kita. Amin.... amin..... amin.... Ya Rabbal A'lamin......... Wassalam, SBB |
Pertandingan Blogging > July 2010 Hsiutorng . Basecode. |